Kadar yuran semasa dan yuran tertunggak boleh disemak dengan cara:

  1. Melayari portal pelajar
  2. Kaunter Pejabat Bendahari di setiap cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Yuran pengajian boleh dibayar melalui 4 kaedah :-

  • Perbankan internet – 'Bill Presentment'
  • Pindahan ATM – Yuran IPT 'Bill Presentment'
  • Kaunter Bank Islam –Slip Pembayaran
  • Kaunter Pejabat Bendahari di setiap cawangan kampus

Sekiranya pelajar mempunyai tunggakan yuran pengajian, pelajar tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan, tidak boleh membuat pendaftaran kursus dan di sekat daripada mengambil keputusan peperiksaan.

Status yuran bagi pelajar tangguh atau berhenti ada termaktub di dalam buku peraturan akademik Universiti Malaysia Kelantan para 8.6 iaitu :-

  1. Jika kelulusan diberi sebelum cuti pertengahan semester, pelajar dikehendaki menjelaskan separuh daripada yuran pengajian. 
  2. Jika kelulusan diberi selepas cuti semester berakhir, pelajar dikehendaki menjelaskan keseluruhan yuran pengajian.
  3. Pelbagai yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya mengikut perenggan (i) dan (ii) di atas manakala yuran asrama adalah mengikut kiraan sebenar menduduki asrama. Bagi pelajar berhenti di bawah para 10.2 termaktub pelajar berdaftar (termasuk pelajar yang telah membuat pra pendaftaran kursus) yang berhenti dari mengikuti program setelah semester bermula dikehendaki menjelaskan semua bayaran yuran semester berkenaan.

Pelajar boleh memohon lebih daripada satu tajaan tetapi pihak universiti berhak menentukan kelayakan penerimaan ke atas tajaan tersebut dan tertakluk kepada syarat daripada pihak penaja.
 

Proses bayaran balik kepada pelajar mengambil masa (2) dua minggu selepas cek yang diterima 'clear' di bank dan tertakluk kepada proses.