Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Bursar's Office Universiti Malaysia Kelantan

FAQ

1. Bagaimana sekiranya mempunyai tunggakan yuran pengajian ?:-
Kadar yuran semasa dan yuran tertunggak boleh disemak dengan cara :-
i. Melayari portal pelajar
ii. Kaunter Pejabat Bendahari di setiap cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

2. Bagaimana cara untuk menjelaskan yuran pengajian?:-
Yuran pengajian boleh dibayar melalui 4 kaedah :-
i. Perbankan internet – 'Bill Presentment'
ii. Pindahan ATM – Yuran IPT 'Bill Presentment'
iii. Kaunter Bank Islam –Slip Pembayaran
iv. Kaunter Pejabat Bendahari di setiap cawangan kampus

3. Apakah tindakan sekiranya pelajar mempunyai tungakan yuran pengaian?
Sekiranya pelajar mempunyai tunggakan yuran pengajian, pelajar tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan, tidak boleh membuat pendaftaran kursus dan di sekat daripada mengambil keputusan peperiksaan.

4. Bagaimana proses untuk mengemaskini maklumat penaja?
Maklumat penaja pelajar boleh di kemaskini di Bahagian Hal Elwal Pelajar.

5. Bagaimana status yuran sekiranya pelajar menangguh atau berhenti daripada pengajian
pada semester semasa?
Status yuran bagi pelajar tangguh atau berhenti ada termaktub di dalam buku peraturan akademik Universiti Malaysia Kelantan para 8.6 iaitu :-

i. Jika kelulusan diberi sebelum cuti pertengahan semester, pelajar dikehendaki menjelaskan separuh daripada yuran pengajian.
ii. Jika kelulusan diberi selepas cuti semester berakhir, pelajar dikehendaki menjelaskan keseluruhan yuran pengajian.
iii. Pelbagai yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya mengikut perenggan (i) dan (ii) di atas manakala yuran asrama adalah mengikut kiraan sebenar menduduki asrama.
Bagi pelajar berhenti di bawah para 10.2 termaktub pelajar berdaftar (termasuk pelajar yang telah membuat pra pendaftaran kursus) yang berhenti dari mengikuti program setelah semester bermula dikehendaki menjelaskan semua bayaran yuran semester berkenaan.

6. Sekiranya pelajar telah mempunyai tajaan dan pada semester yang sama pelajar ditawarkan tajaan lain, bolehkah pelajar menerima tajaan tersebut tanpa menolak tajaan sedia ada?
Pelajar boleh memohon lebih daripada satu tajaan tetapi pihak universiti berhak menentukan kelayakan penerimaan ke atas tajaan tersebut dan tertakluk kepada syarat daripada pihak penaja.

7. Berapa lamakah untuk memproses pembayaran balik yuran pelajar atau bayaran
biasiswa/pinjaman penaja?.
Proses bayaran balik kepada pelajar mengambil masa (2) dua minggu selepas cek yang diterima 'clear' di bank dan tertakluk kepada proses

8. Bagaimana cara untuk mendapatkan bayaran balik yuran asrama / pengangkutan bas
/ yuran pengajian?
Cara untuk mendapatkan bayaran balik yuran pengajian adalah :-

i. Bagi pelajar prasiswazah, bayaran balik yuran pengajian dan lain-lain yuran adalah dibawah kelulusan Bahagian Pentadbiran Akademik. Sekiranya pelajar memohon untuk mendapatkan bayaran tersebut pelajar dikehendaki melampirkan segala dokumen berkaitan bagi tujuan pembayaran.
ii. Bagi bayaran-bayaran lain boleh terus berhubung dengan Pejabat Bendahari di setiap cawangan kampus (tertakluk kepada jenis bayaran balik).
iii. Bagi pelajar pascasiswazah, pelajar perlu memohon setiap bayaran balik melalui Pusat Pengajian Siswazah dan melampirkan segala dokumen berkaitan bagi tujuan pembayaran.

9. Bilakah bayaran biasiswa / pinjaman / elaun GRF (Master/PhD) diiterima oleh
pelajar ?
Bayaran biasiswa /pinjaman/PTPTN/Mybrain (Master/Phd) akan diterima oleh pelajar setelah pihak penaja membuat bayaran kepada pihak universiti. Sila berurusan atau hubungungi bahagian terimaan pelajar untuk mengetahui status terkini

10. Bagaimana bayaran yuran untuk pelajar Master/Phd yang mendapat SLAB JPA, KPM, KPTM atau MARA?
Sekiranya pelajar adalah di bawah tajaan MyBrain/SLAB/SLAI/KPM/KPTM/MARA atau sebagainya, pelajar adalah layak untuk mendaftar dan mendapatkan surat pengesahan tajaan daripada pihak pejabat bendahari bagi tujuan pendaftaran. (tertakluk kepada tempoh sah tajaan).

 

Pejabat Bendahari

Universiti Malaysia Kelantan, Karung Berkunci 36, 
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Tel : +609 - 7717000 | Fax: +609 - 771 7022
Paparan terbaik: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800

31376
TodayToday24
YesterdayYesterday47
This_WeekThis_Week214
This_MonthThis_Month878
All_DaysAll_Days31376