FAQ's

We have listed frequently asked question (FAQ) here for your references.
Study Fees/Loan/Scholarship
Bagaimana sekiranya mempunyai tunggakan yuran pengajian?
Kadar yuran semasa dan yuran tertunggak boleh disemak dengan cara:
  1. Melayari portal pelajar
  2. Kaunter Pejabat Bendahari di setiap cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Bagaimana cara untuk menjelaskan yuran pengajian?
Yuran pengajian boleh dibayar melalui 4 kaedah :-
  • Perbankan internet – 'Bill Presentment'
  • Pindahan ATM – Yuran IPT 'Bill Presentment'
  • Kaunter Bank Islam –Slip Pembayaran
  • Kaunter Pejabat Bendahari di setiap cawangan kampus
Apakah tindakan sekiranya pelajar mempunyai tungakan yuran pengaian?
Sekiranya pelajar mempunyai tunggakan yuran pengajian, pelajar tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan, tidak boleh membuat pendaftaran kursus dan di sekat daripada mengambil keputusan peperiksaan.

Bagaimana status yuran sekiranya pelajar menangguh atau berhenti daripada pengajian pada semester semasa? Status yuran bagi pelajar tangguh atau berhenti ada termaktub di dalam buku peraturan akademik Universiti Malaysia Kelantan para 8.6 iaitu :-
  1. Jika kelulusan diberi sebelum cuti pertengahan semester, pelajar dikehendaki menjelaskan separuh daripada yuran pengajian. 
  2. Jika kelulusan diberi selepas cuti semester berakhir, pelajar dikehendaki menjelaskan keseluruhan yuran pengajian.
  3. Pelbagai yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya mengikut perenggan (i) dan (ii) di atas manakala yuran asrama adalah mengikut kiraan sebenar menduduki asrama. Bagi pelajar berhenti di bawah para 10.2 termaktub pelajar berdaftar (termasuk pelajar yang telah membuat pra pendaftaran kursus) yang berhenti dari mengikuti program setelah semester bermula dikehendaki menjelaskan semua bayaran yuran semester berkenaan.

Sekiranya pelajar telah mempunyai tajaan dan pada semester yang sama pelajar ditawarkan tajaan lain, bolehkah pelajar menerima tajaan tersebut tanpa menolak tajaan sedia ada?
Pelajar boleh memohon lebih daripada satu tajaan tetapi pihak universiti berhak menentukan kelayakan penerimaan ke atas tajaan tersebut dan tertakluk kepada syarat daripada pihak penaja.

Berapa lamakah untuk memproses pembayaran balik yuran pelajar atau bayaran biasiswa/pinjaman penaja?.
Proses bayaran balik kepada pelajar mengambil masa (2) dua minggu selepas cek yang diterima 'clear' di bank dan tertakluk kepada proses.

Corporate Video

Have Any More Question..?

This frequently asked question not enough to answer your question? Heres the list of relevant department that can help you
Center for Corporate Affairs

If you have inquiries regarding Corporate Affairs or general inquiries.

Center For Corporate Affairs, 
Universiti Malaysia Kelantan, 
City Campus, 
Locked Bag,
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu, 
Kelantan.

Tel: 09-771 7000
Faks: -
Email: phek@umk.edu.my

Academic Administration Divison
Center for Postgraduate Studies
The Office of Library and Knowledge Management
Others
© 2019 Universiti Malaysia Kelantan. All Rights Reserved.